Khidmat Rawatan Estetik Bertauliah
HARIAN METRO Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:00 AM Akhbar harian metro telah menulis artikel tentang estetik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun begitu,obses terhadap kecantikan membuatkan sesetengah masyarakat lupa atau ‘pejam mata’ terhadap kesan sampingan suntikan filler tanpa memastikan ia palsu ataupun asli. Lebih menyedihkan, ramai yang kurang pengetahuan bagaimana mahu mengenal pasti suntikan filler palsu dan asli. Tanpa peduli kesan sampingan jangka panjang, semakin ramai yang tertipu dengan kesan jangka pendek suntikan ini. Ketua Pengarah Eksekutif Perubatan Estetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire, Dr Liow Tiong Sin berkata, masih ramai bersikap tidak ambil kisah mengenai suntikan filler sama ada palsu atau asli. “Pada hakikatnya, memang susah hendak membezakan antara filler palsu atau asli dengan mata kasar kerana pembungkusan dan label produk palsu itu sendiri kelihatan seakan filler asli. “Pengeluar filler asli seperti Galderma yang disahkan Kementerian Kesihata...

Comments
Post a Comment