Cara-cara mengatasi masalah kulit kering
Setiap orang
memiliki jenis kulit yang berbeza-beza, dan salah satu masalah kulit yang
sering dimiliki ialah masalah kulit kering. Dalam istilah lain, ia juga
dikenali sebagai Xerosis, dimana kulit kurang mendapat lembapan. Kulit yang
sering menjadi kering ialah di bahagian-bahagian yang terbuka, seperti muka,
tangan, kaki yang mana selalu terdedah pada cahaya panas matahari dan udara
luar. Masalah kulit kering boleh
dimiliki oleh semua lapisan umur dan tidak kira jantina. Ada yang mengalami
masalah kulit kering sudah lama, dan ada yang mengalami masalah kulit apabila
melalui masa masa yang tertentu.
Antara faktor
lain yang menyebakan masalah kulit kering ialah :-
👉Kurang minum
air
Salah satu faktor
yang menyebabkan masalah kulit kering adalah kerana kurang air dalam badan. Hal
ini kerana, sebahagian besar dari tubuh kita terdiri daripada air. Air memainkan
peranan yang penting dalam memastikan kulit tidak kering dan kekal segar. Oleh
itu, kulit akan mengalami penurunan kelembapan jika kita kurang minum air, lagi
lagi semasa cuaca panas.
👉Genetik Dan
Usia
Genetik juga
menjadi faktor kulit kering kerana, mempunyai keadaan kulit kering sejak dari
kecil atau mempunyai genetik keluarga yang sememangnya mempunyai masalah kulit
kering. Selain genetik, usia juga menjadi pendorong kerana, semakin bertambah
usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan dan ketahanan kulit turut kurang dan
perlahan-lahan menjadi kedur.
👉Cuaca
Faktor cuaca
juga mempengaruhi kelembapan kulit. Ini kerana, kulit akan menjadi kering dalam
keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu yang terlalu
panas juga dapat mengakibatkan seseorang itu mengalami strok haba kerana jumlah
air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas
juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya kerana terlalu banyak
peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.
👉Gangguan
Kesihatan
Masalah kulit
kering juga boleh diperolehi kerana gangguan kesihatan tertentu, seperti
kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Akibat kadar hormon tiroid yang
terlalu rendah, aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun
maka kulit akan menjadi kasar dan juga kering. Psoriasis ialah keadaan kulit
yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul
sekiranya badan kita kekurangan air.
Selain
kelihatan tidak menarik dan juga tidak cantik, keadaan kulit kering juga boleh
mengakibatkan seseorang itu merasa rendah diri dan kurang selesa, oleh itu
masalah kulit kering boleh diatasi melalui langkah tersebut :-
👍Minum air
mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kekurangan air.
Disini saya
telah nyatakan carta untuk pengambilan air mengikut masa 🌸
👍Hindari
penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh
mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan.
👍Makan
buah-buahan serta sayur-sayuran supaya tubuh badan kulit dapat memperolehi
vitamin yang cukup.
👍Penggunaan
sabun mandi atau sunblock yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat
digalakkan.
👍Penggunaan
losen juga disarankan untuk mengekalkan kelembapan kulit terutama pada musim
panas dan juga musim sejuk.
Pelbagai cara
bagi mengatasi masalah kulit kering baik secara semula jadi mahupun rawatan.
Jadi kepada semua follower Marissa Aesthetic 💘 yang mengalami masalah kulit
kering boleh lah terus hubungi kami atau terus datang ke center kami di seluruh
Malaysia bagi mendapatkan keterangan dari pakar consultan kami secara percuma
serta terus mendapatkan rawatan dengan segera dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi Marisssa Aesthetic sehingga 80% semperna ulang tahun yang ke-5, jumpa anda disana 💋



Comments
Post a Comment